Tuesday 18 December 2012

sYRiA

‎:::ISU SEBENAR YANG BERLAKU DI SYRIA ::: Isu sebenar yg berlaku di Syiria.. kedatangan Ulama' (Sheikh Muhammad Ali al-Sabuni Syiria) di UKM, mnerangkn keadaan saudara kita di sana.. BESARNYE FITNAH SYIAH LAKNATULLAH!! Syeikh mengatakan ada 3 sebab negara Syiria lebih DIUTAMAKAN dari Palestine untuk jihad: 1)Beliau mengatakan keadaan di Syiria lebih teruk dari Palestine.. Umat Islam telah ramai dibunuh dgn kejam.. Banding dgn Palestine, walau bertahun2 telah dijajah dizalimi, IBARAT kematian rakyat palastine 60 ribu org pad tempoh 60 tahun.. Tapi di Syiria.. 60 ribu yg telah TERKORBAN dgn HANYATEMPOH 2 TAHUN kekejaman berlaku.. tapi itu baru yang diwar2kn.. yg ditulis.. tapi disebaliknya ada lagi kematian yg tidak direkod berpuluh2 ribu lg kematian.. 2) Sebab telah keluarnya fatwa dari ulama-ulama seluruh dunia, mereka bdasarkn Quran dan Sunnah melihat keutamaan negara Syiria tu yg istimewa.. dimana bumi Syiria adalah bumi Dimasyh: tempat Nabi Isa akan turun nanti, Syam Syiria.. dan Imam Mahdi mengikut dalil al-Quran.. 3) Jadi jihad di negara Syiria kerana bantu syiria ibarat bantu Palestine.. tapi isu di Syiria ramai org tak tahu brbanding dgn Palestine.. di Syiria tidak dibenarkan diwar2kan sgala mklumat, tiada media..tidak benarkan bantuan masuk pun. kata sheikh, "tiada satu pun masjid di syiria yg tidak dibom!", masjid di hina..org Syiah mencabuli wanita ahli sunnah dlm masjid. di Syiria tiada Hospital untuk bantu org Sunnah.. jika mereka dibom,mereka dibiarkn macam tu je..kesakitan hingga mati. si emak tak boleh tolong dan akan rahsiakn kematian ahli keluarganya, jika tidak akn ditangkap dn dibunuh juga.. SYIAH buat kekejaman sbb dia brpegang bahawa halal darah ahli sunnah wal jamaah.. mereka percaya jika dpt sembelih ahli sunnah, darahnya di bumi ni..akan dpt bangkitkn ketua mereka nanti iaitu: al Masih ad Dajal laknatullah!!! *jadi Ulama TU PESAN: , mereka taknak bantuan hanya duit sbb bukan boleh bawa masuk di syiria, bukan hanya doa kita2 je.. tapi beliau PESAN: sampaikanlah kepada yg lain.. ambil tahu cakna tentang negara Syiria, agar semua tahu dn brsatu.. *Beliau PESAN LAGI: pilihlah PEMIMPIN yg BENAR2 NK BAWA ISLAM UNTUK NEGARA.. krana pmimpin yg benar2 kpd Islam je yg boleh prcaya.. yg lain tiada pmbawakn kpd Islam yg sbenar.. RENUNG2KANLAH...

Monday 17 December 2012

jUsT sHarE

‎.. APA YANG HARUS KU LAKUKAN BILA TERLANJUR BERBUAT DOSA ..? .. Bismillahir-Rahmaanir-Rahim ... Mungkin kita sering bertanya, “Apabila aku ter­je­ru­mus ke dalam dosa, bagaimana caraku bertaubat? Apakah ada sesuatu yang harus segera aku kerjakan setelah berbuat dosa?” Ada dua amalan yang semestinya dilakukan setelah berhenti dari dosa, yaitu: Pertama: Amalan hati, yakni dengan penyesalan dan t ekad untuk tidak mengulangi dosanya, inilah buah dari rasa takut kepada Allah. Kedua: Amalan anggota badan, yakni dengan mengerjakan segala bentuk kebaikan, di antaranya adalah shalat taubat. Dalilnya : Dari Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Tiada seorang yang melakukan suatu dosa kemudian dia pergi berwudhu dan mengerjakan shalat (dua raka’at), kemudian memohon ampun kepada Allah melainkan Allah akan mengampuninya.”[1] Kemudian beliau membaca ayat : “Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat meng­am­puni dosa selain Allah? Dan mereka tidak me­neruskan perbuatan kejinya, sedang mereka me­ngetahui.” (QS. Ali Imran : 135) Telah disebutkan di dalam riwayat lain yang shahih tentang shalat dua raka’at yang menghapus dosa, ringkasannya adalah sebagai berikut: 1. Dengan berwudhu dan memperbagus wudhunya (karena kesalahan akan keluar dari anggota badan yang di­­­­­­­basuh bersamaan dengan air atau tetesan­­­­­­­­­ air­­­ terakhir). Termasuk memperbagus­­­­ wud­­­hu adalah mengucapkan “Bismillah” sebelumnya dan berdzikir sesudahnya, yakni : “Aku bersaksi bahwa tiada Ilah yang haq untuk disembah selain Allah, Yang Maha Esa tiada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku termasuk orang-orang yang banyak bertaubat dan mensucikan diri, Mahasuci Engkau ya Allah, dengan memujiMu aku bersaksi bahwa tiada ilah yang haq untuk disembah selain Engkau, aku memohon ampun kepadaMu dan bertaubat kepadaMu.” (Dzikir ini sangat besar pahalanya apabila dibaca tiap selesai wudhu). 2. Berdiri untuk mengerjakan shalat dua raka’at. Niat untuk melakukan sholat taubat yaitu: Ushallii sunnatat taubati rak’ataini lillaahi ta’aalaa. Yang artinya: “Aku niat shalat sunat taubat dua rakaat karena Allah Ta'ala ..”. 3. Tidak lalai dalam shalat. 5. Tidak berangan-angan tatkala shalat. 6. Memperbagus bacaan dan khusyu’. 7. Membaca istighfar setelah shalat. Adapun sebagai buahnya adalah : 1. Akan diampuni dosa-dosanya yang telah lampau. 2. Wajib baginya masuk surga.[2] Kemudian memperbanyak kebaikan dan ketaatan. Tidakkah Anda tahu bahwa Umar Radhiyallahu ‘anhu tatkala merasa bersalah saat berdialog dengan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam dalam perang Hudaibiyah, ia berkata, “Sungguh aku akan beramal karena perbuatanku itu,” yakni akan beramal shalih untuk menghapus dosanya. Perhatikanlah contoh yang disebutkan dalam sebuah hadits yang shahih bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya perumpamaan orang yang melakukan keburukan-keburukan kemudian mengamalkan kebaikan-kebaikan seperti perumpamaan seseorang yang memakai dar’un (baju besi yang dikenakan oleh prajurit) yang sempit sehingga mencekiknya, kemudian dia mengerjakan kebaikan, maka terlepaslah satu rantai (pengikatnya), kemudian dia mengerjakan kebaikan lagi dan terlepas lagi rantai yang lain hingga baju besi tersebut jatuh ke bumi.”[3] Maka perbuatan baik dapat melepaskan orang yang berdosa dari belenggu maksiat dan mengeluarkan dirinya menuju alam ketaatan dengan bebas. Berikut ini kami berikan bagi Anda ringkasan dari sebuah kisah yang penuh ibrah: Dari Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam seraya berkata, ‘Ya Rasulullah, sesungguhnya aku bertemu dengan seorang wanita di kebun, lalu aku lakukan ter­hadapnya apa saja selain bersetubuh. Aku telah mencium dan memeluknya, dan aku tidak berbuat melebihi hal itu, maka hukumlah aku sekehendak­mu.’ Rasulullah tidak mengatakan sepatah katapun hingga orang tadi pergi. Berkatalah Umar, ‘Sungguh Allah telah menutup aibnya seandainya dia mau menutup aibnya.’ Maka pan­dangan Rasulullah mengikutinya kemudian ber­sabda, ‘Hadapkanlah orang tadi kepadaku.’ Maka orang tadi dihadapkan kepada Rasulullah, lalu beliau membacakan kepadanya (sebuah ayat): “Dan dirikanlah shalat pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bagian permulaan dari pada malam. Sesungguhnya perbuatan yang baik itu menghapus (dosa) perbuatan buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (QS. Hud : 114). Maka Mu’adz (dalam riwayat lain Umar) berkata, “Wahai Rasulullah apakah itu berlaku bagi dia seorang atau bagi manusia seluruhnya?” Beliau ber­sabda, “Bahkan bagi manusia seluruhnya.”[4] Oleh karena itu, marilah kita bersegera untuk bertaubat nasuha. Dan meyakini bahwa Allah menerima taubat hambaNya dan mengampuni kesalahan-kesalahan kita. Setelah itu hendaknya kita senantiasa meng­harap rahmat Allah dan yakin bahwa Dia akan memberikan taufik kepada kita untuk beramal, dan menolong kita agar selamat dalam menempuh perjalanan menuju Rabb kita, serta menolong kita dalam me­ninggalkan maksiat dan menjauhkan diri dari perbuatan dosa. Semoga Allah melimpahkan segala kebaikan kepada kita semua, dan memberikan balasan pahala atas amal kebaikan yang telah kita lakukan. Shalawat dan salam semoga terlimpah atas Nabi Muhammad, keluarga­ dan para Sahabat beliau. Dikutip dari kitab "Uriidu an Atuuba wa Lakin...!!!" karya Syaikh Muhammad bin Shalih al-Munajjid. Catatan Kaki : [1] Diriwayatkan oleh Ashabus Sunan(Shahihut Targhib I/284) [2] Shahihut Targhib I/94-95. [3] Riwayat ath-Thabrani di dalam al-Kabiir (Shahihul Jami’ hal 21192). [4] Hadits riwayat Muslim. Wallahu A'lam bishawab .. Wabillahi Taufik Wal Hidayah, ..

Monday 10 December 2012

Just Share

Ciri-ciri Muslim, Mukmin, muhsin, mukhlis & Muttaqi a) Perkataan Islam (إِسْلَام) merupakan Isim (Kata Nama) yang bermaksud "Agama Islam"(Religion of the muslims) atau "Agama yang benar" (الدِّينُ الحَنِيف). Orang yang menganut agama Islam dikata orang MUSLIM. Al-Syahrastani mengatakan bahawa 'Islam membawa erti patuh secara lahirnya, dan termasuklah didalamnya MUKMIN (Orang yang Beriman) dan MUNAFIQ (al-Milal wa Nihal, 1/40-41).. (b) Perkataan Iman (إِيمان ) pula membawa erti percaya atau Tasdiq dan Iktikad (تَصْدِيقٌ واعْتِقاد).Orang yang beriman dikatakan MUKMIN. Menurut Al-Hafiz Al-Imam Al-Nawawi Iman pada bahasa ialah 'percaya semata-mata'. Dari segi syara' pula ialah kata-kata dari kepercayaan yang khusus, iaitu percaya kepada Allah, malaikat, Rasul-Rasul, Kitab-kitabnya, Hari akhirat dan Qada' dan Qadar. Dengan kata lain, seorang muslim (beragama Islam) terdiri dari mereka-mereka yang beriman dan juga tidak beriman (munafiq). Firman Allah swt : قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ "Orang-orang "A'raab" berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "-[Surah al-Hujurat : 14] Ayat diatas ini jelas menunjukkan perbezaan diantara Iman dan Islam. Tha'lab mengatakan bahawa :'Iman itu dengan hati, dan Islam itu dengan lidah" [Lisan Al-Arab, 1/142]. (b) Perkataan Taqwa (تَقْوَى) bermaksud 'Takut kepada Allah'. Ia berasal dari perkataan wiqaya (وقى) yang membawa erti 'perlindungan, mempertahankan diri'. Orang yang bertaqwa digelar MUTTAQI. Taqwa dari segi syara' membawa erti : orang yang benar-benar tunduk kepada perintah Allah swt dan syariatnya, dan akan melahirkan rasa benar-benar takut akan Allah swt. Syarat menjadi orang yang bertaqwa ialah seseorang mesti beriman. Firman Allah swt : ذَلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ. الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ. وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ. أُولَئِكَ عَلَى هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ. "Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya. "-[Al-Baqarah : 2-5] Hubung kait Iman dan Taqwa dapat kita lihat didalam ayat Al-Quran yang memerintahkan agar orang-orang BERIMAN menunaikan Puasa. Adalah diharapkan natijah daripada amalan puasa itu, seseorang itu akan mendapat TAQWA. Firman Allah swt : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.- [Al-baqarah : 183] Boleh kita katakan bahawa buah Iman dan Amal yang dilakukan secara ikhlas kepada Allah swt akan melahirkan Taqwa. Seorang penulis pernah berkata : "Taqwa (piety) is the heavenly water of life, and a Muttaqi (pious) is the fortunate one who has found it. Only a few individuals have achieved the blessing of this attainment (Taqwa ibarat air penghidupan, dan Muttaqi (orang yang bertaqwa) adalah mereka yang beruntung menjumpainya. Hanya sedikit bilangan mereka yang mencapai kurniaan ini)". Perinkat Taqwa merupakan satu pencapaian yang tinggi didalam Islam. Firman Allah swt :- إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ "Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu" - [Al-Hujurat: 13]. Drs Sidi Ghazalba pernah membicara tahap-tahap keIslaman seseorang. Beliau membahagikan kepada 5 tahap : 1. Muslim - Orang Islam 2. Mukmin - Orang Yang BerIman 3. Muhsin - Orang yang memperbaiki amalan-amalannya agar berqualiti 4. Mukhlis - Orang Yang Ikhlas didalam amalan-amalannya 5. Muttaqi - Orang yang mencapai maqam Taqwa. Pendek kata , orang Islam yang beriman dan berusaha memperbaiki amalan (Ihsan) dan Ikhlas kepada Allah, dengan izinnya akan memncapai maqam Taqwa. Begitulah serba ringkas hubung kait dan ciri-ciri Islam, Iman dan Taqwa. WA. Adakah semua orang Islam akan memasuki syurga juga akhirnya? Merujuk kepada ayat diatas, Surah al-Hujurat : 14 bahawa orang Islam itu boleh terdiri dari orang yang beriman dan juga tidak beriman. Ibn Manzur mendefinisikan fasiq sebagai orang yang melakukan maksiat, tinggal perintah Allah dan keluar dari jalan yang benar. Firman Allah swt :- أَفَمَنْ كَانَ مُؤْمِنًا كَمَنْ كَانَ فَاسِقًا لَا يَسْتَوُونَ "(Jika demikian halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka tidaklah sama (dalam menerima balasan)." - [Surah al-Sajdah : 18] Maka boleh dikatakan, orang Islam yang sengaja tidak menunaikan kewajipan (tetapi tidak menolak bahawa hukumnya wajib, tetapi malas melakukan) seperti solat, puasa, zakat dan haji dinamakan orang fasiq, dan orang fasiq ini akan diazab didalam api neraka. Firman Allah swt didalam surah yang sama : وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ الَّذِي كُنْتُمْ بِهِ تُكَذِّبُونَ "Dan sebaliknya orang-orang yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah Neraka; tiap-tiap kali mereka hendak keluar dari Neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan kepada mereka: Rasalah azab Neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di dunia dahulu. " -[Surah al-Sajdah : 20] Abdul Kahir Al-Baghdadi berkata : Melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa uzur itu akan menjadi fasiq, gugurlah syahadahnya, wajib dilakukan hukuman had atau dibunuh atau ditakzirkan, tetapi masih mukmin jika masih beriman kepada Rukun Iman dan Islam. [Usulluddin, edisi ke2, ms 268]. Abdul Rahman Ibn Ahmad al-Iji menyebut bahawa ada yang berpendapat bahawa orang yang melakukan dosa besar dari kalangan mereka yang bersolat adalah mukmin, Khawarij mengatakan bahawa mereka adalah golongan munafiq, dan Mu'tazilah mengatakan mereka ini tidak mukmin dan tidak kafir. Ibn Khuzaimah berpendapat bahawa orang Mukmin yang melakukan maksiat tidak boleh memasuki syurga Allah swt bersama-sama orang mukmin yang soleh. Ini adalah kerana orang Mukmin yang melakukan maksiat / dosa-dosa besar akan diazab di dalam neraka dahulu sehinggalah bersih dari dosa-dosa dan akan dimasukkan kedalam syurga. Selama-mana seorang Islam itu tidak syirik kepada Allah swt dan masih mengagungkan kalimah tauhid, ia masih berpeluang untuk masuk ke syurga. Ahli Sunnah wa Al-Jamaah berpegang kepada pendapat bahawa orang Islam yang melakukan maksiat statusnya masih Islam, selagi tidak mensyirikkan Allah swt dan mereka bukanlah dari kalangan mereka yang kafir. Setelah diazab dan dibersihkan dosanya di neraka, mereka akan berpeluang masuk ke dalam syurga. Sabda Nabi saw :- من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة "Barangsiapa pada akhir kalamnya menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah' akan masuk syurga" -[hadith riwayat Al-Hakim dengan sanad yang shahih] Sabda baginda lagi : من مات لا يشرك بالله شيئاً دخل الجنة، فقال أبو ذر وإن زنى وإن سرق، قال: وإن زنى وإن سرق "Barangsiapa yang mati dan tidak mensyirikkan Allah dengan perkara apa sekalipun akan masuk syurga, dan berkata Abu Zar : walaupun mereka berzina dan mencuri, Sabda baginda : walaupun berzina dan mencuri" - [Hadith riwayat al-Bukhaari dan Muslim]. WALLAHUA'LAM.

Sunday 9 December 2012

OPKIM

assalamualaikum...nk tulis entry lak..hahaha...bwu smpai dri Politeknik Ibrahim Sultan,Pasir Gudang..ade program OPKIM under UKM with KPT..tp kmi dak2 kebudayaan xjoin cgt pon tentatif..g jln2 je n mlm sabtu wt persembhan..excited je nk g..tp dpt duit..2 yg bez..wlaupon sratus je tp ok laa...





      slpas 5jam lbey perjalan ke pasir gudang + kesesatan n slah informasi.. dlm bas sume dok pakat tdor je..masing2 pent kn..mlm 2,kmi g pasar karat kt JB..ala2 downtown cm2 laa..byk la bju2 tp sume mhal2..cm bli kt mall lak..engtkn nk bli baju I lOVE JOHOr..tp mahal gler,1  rm25,10 rm200...besenye bju cm2 belasan ringgit je..cekik drah la 2...mlm 2 sesat ag..haha..patut la rase lme je tdor..rupenye bas sesat...hahaha..sabo jelaaa...

        Bez memg bez la kn..tp 2 laaa..kne blaja tarian last minute..tarian daling2,...xcmpai 5jam pon blaja,twos wt show..memg aq xengt cgt la step..ekot membe jelaaa..haha..kteowg wt 4persembahan..dia datang,kuala lumpur,daling2,n last skli dikir barat lahh kn..



   ney la first time wt show btol2 depan vip..memg gabra sgt laaa...tp kne wt muke smile and say cheesssssseeeeeee...hehehe..malu la gak kn tp kne wt xtaw jelaaahh...bez cgt walaupon kmi aadyamatraa 8orng je tnpe akak2 n abg2 AB...kteowg make-up sndri..rmbot je abg,zul yg tolong setting,,,memg sakit pale kne cucuk ngan sanggul n sgale bagai..tp tahan jelaa..lau nk cntik,kne than sakit,,hahaha

      kteowg ade kenal ngan dak politeknik ...2org..jd fotografer kebudayaan ukm lak..haha..kteowg xtaw pon yg ade 2show...tp kmi just bwak sepasang bju je..so,ary ahad recycle bju ary sabtu jelaa...sdey je muke..tp seb bek show lagu yg fun n enjoy...

Monday 3 December 2012

pRaY 4 GAZA

Puisi Dari Ustaz Azhar Idrus.... "MAAFKAN KAMI GHAZA & sYRIA" derita kita derita kita menanti..majunya negara derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberansangkan derita kita belum dapat bantuan subsidi derita kita kerana anak tidak lulus periksa derita mereka apabila anak-anak mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru peluru yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak-anak kecil yang tidak berdosa. itulah derita para ibu di bumi Gaza.. para ibu di negara kita.. derita belum sempat membeli gelang baru belum sempat membeli rantai baru belum sempat menempah siap pakaian baru samakah kita dengan mereka??? bumi gaza...2012.. menjadi tontonan cerita perang dalam televisyen setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion-bilion.. wahai Gaza.. kami saudara kamu seagama dengan mu kami lelaki-lelaki sekuat mu juga kami memohon ampun kepada mu wahai gaza kami memohon ampun kepada mu wahai Syria kerana kami tidak menghantar kereta-kereta kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria kami ada tentera, tetapi kami tidak mampu pergi kepada kamu mohon kemaafan banyak-banyak kami hanya menjadi penonton di mana darah-darah anak mu,isteri-isteri mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci wahai Gaza walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad terimakan lah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhadamu wahai Syria walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad-jasda kamu melawan segala yang jadi musuh Allah wahai Gaza wahai Palestin wahai Syria maafkan kami terima lah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh-roh kami bersemadi bersama jasad-jasadmu

Sunday 2 December 2012

Saya Cinta Rasulullah S.A.W

Mari kita mengenali Nabi Muhammad SAW Rasulullah SAW atau nama sebenarnya Muhammad bin Abdullah merupakan seorang manusia yang paling layak untuk dijadikan idola paling unggul di dalam sejarah kehidupan manusia. Dilahirkan pada pada subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi, baginda Rasulullah SAW merupakan insan sempurna yang diiktiraf oleh para sarjana dunia sebagai pemimpin paling berpengaruh dan tiada tolok bandingnya sehingga kini. Ketika berusia lima tahun, dada Muhammad SAW telah ‘dibedah’ oleh dua malaikat suruhan Allah SWT untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah atau pengaruh-pengaruh negatif yang ada pada dirinya. Bapa baginda, Abdullah bin Abdul Muttalib telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibunya Aminah binti Wahab pula wafat ketika baginda berumur 6 tahun yang kemudiannya meletakkannya dibawah jagaan datuknya, Abdul Muttalib bin Hashim. Setelah datuknya meninggal dunia dua tahun kemudian, Muhammad SAW dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib bin Abdul Muttalib, sehingga dewasa. Muhammad SAW digelar sebagai Al-Amin yang mencerminkan ketinggian intergiti dan akauntabilitinya sebagai individu yang paling dipercayai di kalangan masyarakat Makkah Al-Mukarramah. Berikut adalah biodata Rasulullah SAW, insan idola bagi seluruh manusia sehingga ke akhir zaman; Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. (Bani Hashim) Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab bin Luway bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma’add bin Adnan. Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tarikh wafat : Hari Isnin, 12 Rabiulawal, tahun 11 Hijrah bersamaan 8 Jun, tahun 632 Masihi. Tempat wafat : Madinah Al-Munawwarah. Usia ketika wafat : 63 tahun. Nama isteri-isteri : 1. Khadijah Binti Khuwailid. 2. Saudah Binti Zam’ah. 3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). 4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab). 5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. 6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). 7. Zainab Binti Jahsy. 8. Maimunah Binti Harith. 9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. 10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin) *semua ummul mukminin adalah janda melainkan Sayyidatina Aisyah Binti Abu Bakar Nama anak-anak : 1. Qasim (meninggal semasa kecil) 2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil) 3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As 4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan) 5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan) 6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib) 7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil) Bentuk fizikal : Baginda Rasulullah SAW digambarkan sebagai seorang yang bertubuh tegap dengan ketinggian sederhana dan berkulit kemerah-merahan. Wajahnya tampan dan berambut tidak begitu kerinting serta tidak begitu lurus, namun ikal mencecah ke bahu. Muhammad SAW juga dikatakan memiliki sepasang mata berwarna hitam pekat, bulu mata yang lentik, bahu yang lebar dan tidak berbulu. Namun diriwayatkan bahawa bahagian dadanya berbulu dan baginda memiliki telapak tangan dan kaki yang tebal. Riwayat juga menyatakan bahawa ketika berjalan, Rasulullah SAW seolah-olah berjalan menuruni tanah yang lanai dan ketika menoleh, baginda menoleh dengan seluruh badan. Di antar kedua-dua bahu baginda terdapat tanda kenabian. Selain itu, Muhammad SAW juga dikatakan memiliki janggut yang bersih dan terjaga rapi, berhidung mancung, gigi yang tersusun rapi bercahaya tapi renggang sedikit di bahagian hadapan dan rambutnya dibelah tengah. Warna kegemaran : Merah, Putih dan Hijau. Makanan kegemaran : Kurma, Bali, Buah Tin dan Anggur. Sukan kegemaran : Menunggang kuda, memanah dan berenang. Peperangan yang disertai : 1. Perang Badar 2. Perang Uhud 3. Perang Bani Nadhir 4. Perang Khandak 5. Perang Bani Qurazhah 6. Perang Khaibar 7. Perang Fathu Makkah 8. Perang Hudaibiyyah 9. Perang Tabuk Demikianlah sebahagian dari biodata ringkas Muhammad SAW, manusia terulung dan kekasih Allah SAW yang bakal memberikan syafa’at kepada umatnya pada hari kiamat kelak. Semoga kita ummat Muhammad SAW akan terus kekal meneruskan sunnah baginda selagi hayat dikandung badan dan menjadikannya sebagai idola yang terunggul di dalam hidup kita selamanya, wallahu’alam.