Wednesday 3 October 2012

engat pada DIA walaupun sesibuk mne life ney

Mari kita MUHASABAH DIRI seketika... Kita dah bersedia menghadapi mati..? Sejauh mana pengetahuan kita tentang: -kematian? -hari akhirat? -alam barzakh? -syurga? -neraka? Cukupkah solat kita setiap hari? Senaraikan solat sunat yang kita lakukan setiap hari.. Kita seorang yang berbakti kepada ibubapa? Senaraikan buktinya.. Berapa kali sehari kita selawat ke atas nabi? Berapa kali sehari kita berzikir dengan nama Allah? Berapa kali sehari kita beristighfar? Berapa banyak dosa yang kita lakukan dalam masa 24 jam? Apakah amalan kita setiap kali kita masuk tidur? Andai kata kita meninggal dunia dalam tidur, apa yang kita ingin semua orang tahu sebelum kita pergi? Siapa orang yang paling kita sayang dalam dunia ini selain famili kita? Kita kasihkan haiwan? Kita sering sakiti hati kawan? Ubahlah wahai kita. Akhir sekali tahukah kita bahawa kita dirahmati Allah atau dibenci Allah? Bertaubatlah wahai kita, ketahuilah ajal datang tanpa dijemput, tanpa diketahui. Berapa amalan yang kita bekalkan untuk ke sana sekarang amat tidak mencukupi. Ingatlah, Allah kasihkan hamba-Nya yang mengikuti perintahnya dan meninggalkan larangannya. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment